Resepi kek oren PokSey Noxxa (5 minit)



Percaya tak saya bakar kek hanya 5 minit sahaja ?

Bahan-Bahannya :

1 cawan majerin
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan gandum
1 sdt baking powder
1 sdb overlette
2 sudu oren sunquick
Kismis utk hiasan

Cara-caranya :


- Pukul majerin dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur.
- Masukkan oren sunquick.
- Setelah itu masukkan tepung gandum.
- Kemudian masukkan baking powder dan overlette.

- Sapukan majerin dalam periuk Noxxa.
- Masukkan adunan tadi dan tabur dengan kismis diatasnya.
- Masak dengan mode HP delama 3-5 minit.


* saya test mode HP 5 minit, hangit sedikit dibawahnya. Boleh cuba 3 minit. Boleh juga guna mode steam.



***************************************************



PLS FOLLOW / LIKE / SUSCRIBE MY SOCIAL MEDIA :

FACEBOOK : www.facebook.com/iammohdsham
BLOG : http://iammohdsham.blogspot.my
INSTAGRAM : www.instagram.com/iammohdsham
TWITTER : https://twitter.com/iammohdsham
YOUTUBE : www.youtube.com/user/warisan2u
https://www.youtube.com/channel/UClA5sY9r7ue_q0NWV_sk43A

Nasi Goreng Ringkas PokSey Noxxa (RSS)



Nasi Goreng Ringkas PokSey Noxxa (*RSS)

Full video disini  https://www.youtube.com/channel/UClA5sY9r7ue_q0NWV_sk43A

Bahan²nya :

2 pot beras (dibasuh)
3 pot air putih
2 biji bawang merah besar (dicincang)
3 btg crabstick (boleh ganti dgn udang, daging @ ayam)
3 sudu soa tiram
1 sdt lada hitam (dihancurkan)
2 biji telur ayam
Sayur kobis panjang

Cara²nya :

- Setkan periuk noxxa pada stir fry.
- panaskan 3 sudu minyak masak.
- tumis bawang merah.
- dah naik bau, masukkan crabstick dan kacau.
- masukkan telur dan kacau.
- masukkan sos tiram dan lada hitam, kemudian masukkan sayur kobis panjang.
- masukkan sedikit air dan kacau.
- kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati dan masukkan air.
- offkan noxxa, tutup periuk noxxa dan setkan kpd presure.
- kemudian masak lagi menggunakan mode HP selama 7-10 minit.
- dah masak, bukan tudung dan gaulkan nasi biar dia kering sedikit.
- okeh... Siap...

* RSS - resepi syok sendiri... Hahaha

Noxxa | Resepi ayam goreng berempah bersama nasi berempah.



1/2 ekor ayam

3 pot beras basmati
3/4 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
4 pot air putih
Minyak masak
Raisin

Bahan kisar :
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 btg serai

Rempah ratus :
1 sdt tyme
1 sdt rosemerry
1 sdt lada hitam
1 sdt paprika

Bahan tumis :
1 btg kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawan
Bunga cengkih

Cara² :

1. Potong ayam ikut suka anda.
2. Bahan yg telah dikisar digaul dgn rempah ratus dan sos tiram, kemudian dilumur pada ayam dan diperap lebih kurang 1 jam.
3. Goreng ayam dalam periuk noxxa.
4. Nampak ayam agak separuh masak, off noxxa dan tutup. 
5. Set penutup atas pada Presure dan masak 8 minit dalam mode HP.
6. Dah masak, angkat ayam dan buang minyak lebihan. 
7. Rempah belas goreng tadi digunakan utk menumis. Setkan noxxa kpd fry dan tumis bahan tumis tadi. Campurkan saru sudu lebihan bahan perapan tadi.
8. Masukkan beras dan raisin kemudian kacau hingga sebati.
9. Masukkan air putih dan tutup periuk. Offkan noxxa.
10. On semula noxxa dan set mode HP. Masak 7 minit.

Resepi kuew teow crabstick goreng basah



Kuew teow sebungkus @ 1 kg

1 biji bawang besar
10 batang crabstick dipotong dadu/kecil
1 helai kobis panjang dipotong kecil
3 batang sawi dipotong kecil
2 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ayam Knor
2 biji telur ayam
3 gelas air masak
Kicap secukup rasa

Cara²nya :

Tumis bawang besar.
Masukkan crabstick yg dipotong dan kacau.
Masukkan segelas air.
Masukkan sos tiram, serbuk pati ayam dan kacau.
Tambah 2 gelas air.
Bila mendidih, masukkan telur dan kacau.
Kemudian masukkan kuew teow.
Siram kicap secukup rasa dan siap....

Resepi Ayam Goreng Bersos PokSey


Bahan-bahan :

2sb Rempah segera Poksey
1/2 ekor Ayam

Bahan untuk sos :

1/2 bawang besar
minyak masak
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung
semangkuk air putih

Cara-caranya :
Perap ayam dengan rempeh segera PokSey selama 1-5 jam.
1. Goreng ayam yang diperap tadi dengan minyak yang sedikit. Pakai kuali ajaib atau periuk Noxxa lagi bagus. Dah masak, minyak bekas goreng ayam tadi kita gunakan untuk menumis. 
2. Tumis bawang besar yang dipotong kecil dan 2 sudu besar rempah segera PokSey.
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram serta 1/2 mangkuk air dan kacau sehingga sebati.
4. Larutkan tepung jagung dalam 1/2 mangkuk air dan masukkan dalam sos tadi yang sedang mendidih dan kacau.
5. Bila nampak sos agak pekat, boleh matikan api.
Ayam goreng tadi dipotong dan sos disiram atas ayam. Tabur sedikit daun bawang atau daun sup. Kalau yg suka pedas, boleh tabur potongan lada ikut kesesuaian.

Bahan-bahan Rempah Segera PokSey :
==============================

Serai 
Bawang putih
Bawang merah
Halia 
Kunyit 
Garam 
Jintan manis & putih
Gula melaka

Resepi Ayam Goreng Bersos Poksey


Bahan-bahan :

2sb Rempah segera Poksey
1/2 ekor Ayam

Bahan untuk sos :

1/2 bawang besar
minyak masak
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung
semangkuk air putih

Cara-caranya :

Perap ayam dengan rempeh segera PokSey selama 1-5 jam.

1. Goreng ayam yang diperap tadi dengan minyak yang sedikit. Pakai kuali ajaib atau periuk Noxxa lagi bagus. Dah masak, minyak bekas goreng ayam tadi kita gunakan untuk menumis.
2. Tumis bawang besar yang dipotong kecil dan 2 sudu besar rempah segera PokSey.
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram serta 1/2 mangkuk air dan kacau sehingga sebati.
4. Larutkan tepung jagung dalam 1/2 mangkuk air dan masukkan dalam sos tadi yang sedang mendidih dan kacau.
5. Bila nampak sos agak pekat, boleh matikan api.

Ayam goreng tadi dipotong dan sos disiram atas ayam. Tabur sedikit daun bawang atau daun sup. Kalau yg suka pedas, boleh tabur potongan lada ikut kesesuaian.

Bahan-bahan Rempah Segera PokSey :
==============================

Serai
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Garam
Jintan manis & putih
Gula melaka

Resepi kuah kacang paling sedap


Ini adalah video resepi saya yang paling famous setakat ni. Seingga saaat saya menulis blog ini, sudah ada 7292 views. Harapnya ini semakin meningkat lagi. Yess....

21 Julai 2016 - Lepas hantar anak-anak dan wife ke sekolah, terus balik rumah. Ikut jalan Keliangau - Kokol nak elak jem. Sampai umah, terus masuk dapur nak masak kuah kacang spesel. Anak jantan nak bawak ke sekolah sebab ada sambutan hari raya katanya. Dibawah ni saya tuliskan bahan-bahan untuk resepi kuah kacang spesel Pok Sey.

Bahan - bahannya :

- Kacang tanah
- Lada kering ( direbus dan diblender )
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Asam jawa
- Gula melaka ( @ nisey keping )
- Garam secukup rasa
- Daging ayam bahagian dada ( buang kulit, potong dadu )
- Minyak masak

8 Kelebihan memakan tomato

Tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya.


  1. Warna merah Tomato itu sebenarnya disebabkan oleh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan seperti berfungsi sebagai antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
  2. Tomato juga boleh makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung kerana mengandungi likopena tadi. . Menurut hasil kajian pakar penyelidik luar negara mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Jadi, tak salahlah kalau aku suka makan tom yam.
  3. Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
  4. Likopena juga didapati membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya LEBIH stabil.
  5. Khasiat tomato juga boleh mencerahkan dan menyegarkan kulit muka. Korang cuma perlu sapu jus tomato dengan madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Ini kerana Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam. Patutlah muka aku hensem selalu dan bini selalu puji. 
  6. Membantu mengurangkan masalah kelumumur. Caranya adalah dengan menyapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut. Kalau guna secara berterusan, potensi rambut lebat dan berkilau adalah sangat tinggi. Okeh, siapa yang tak ada duit nak beli syampu kelummur, boleh guna tomato selepas ini. Memang banyak rupanya khasiat dan kelebihan makan tomato yang aku tak tahu ni rupanya..
  7. Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, bintik hitam putih dan memacam gunung volcano kat muka. Caranya, gosok buah tomato mentah dan TEPEK kat muka masing-masing. Tunggu dalam 15 minit, pastu bilas macam biasa. Tomato mengandungi asid sitrat yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.
  8. Mengurangkan dan mengatasi masalah rabun malam. Pengambilan tomato yang berterusan sebenarnya bagus untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Yang ni aku memang tak pasti betul ke tidak. Tapi memang ramai orang cakap makan sayur-sayur warna terang macam Tomato dan Lobak merah ni, memang leh kasi kurang rabun mata. Oleh sebab aku kurang makan tomato, tu pasal rabun aku makin tinggi powernya kot.


Gotong - royong SAR Wadi Kauthar bersama Datuk Jumat


Beberapa hari ni saya tak buat resepi baharu. Masak untuk famili resepi biasa - biasa jer. Hari ni plak kena jadi tukang masak di SAR Wadi Kauthar sempena gotong - royong. MAsa tenah masak tu minta anak lelaki saya ambil video dan gambar, itu yang video atas ni gambarnya goyang-goyang. Hehehe.. 

Ini pertama kali saya masak sendiri dan saya yang arahkan. DUlu pernah gak masak untuk kenduri kawen tapi dengan kakak. Kita tukang kacau jer. Kali ni, saya yang potong ayam, potong bawang, menumis, mengacau... 99% la saya buat... Kikiki...

Khasiat kaki ayam yang tidak diketahui ramai

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.

Dipetik dari Berita Agensi,  Kajian terbaru yang dilakukan di New York mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan.

Kaya Kolagen

Dalam sebuah penelitian yang dilakukan oleh Fakultas Ilmu Hewan Universitas Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahwa kaki ayam mengandung kolagen yang sangat tinggi. Bahkan kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak ditemukan pada sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C. Kolagen adalah salah satu zat khusus yang diperlukan kulit tubuh untuk mempertahankan elastisitas. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
  • Kolagen memelihara kesehatan kulit dan membentuk kulit yang elastis karena mendukung pergantian sel-sel kulit mati dengan sel kulit baru yang lebih cepat.
  • Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sehat.
  • Kolagen dapat meningkatkan produksi sel darah merah karena bekerja dengan memperkuat struktur pembuluh darah.
  • Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan karena bisa meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
  • Kolagen bisa membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.


Resepi sup kaki ayam | Sup pekat



Bahan-bahan :

1/2 kg kaki ayam dibuang kuku
Daging ayam bahagian dada
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu minyak masak
5 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk pati ayam Knor
1 helai sayur kobis putih
Garam secukup rasa
2 liter air putih


Cara-caranya :

1. Tumbuk halia dan campurkan serbuk pati ayam Knor.

2. Gaulkan kaki ayam dan dada ayang dengan bahan tumbuk tadi dan kukus sehingga kaki ayam betul-betul lembut.

3. Potong bawang besar dan bawang putih kecil-kecil dan tumiskan dengan sedikit minyak.

4. Masukkan kobis putih yang dipotong kecil-kecil. Gaulkan sehingga rata.

5. Masukkan satu sudu serbuk pati ayam Knor dan kacau.

6. Masukkan kaki ayam yang dikukus tadi dan gaul.

7. Masukkan air yang digunakan untuk mengukus kaki ayam tadi. Kalau tak cukup, tambah air putih.

8. Sementara menunggu air mendidih, dada ayam tadi di cerai-ceraikan. Bila nampak sup dah macam nak mendidih, masukkan daging ayam tadi dan kacau.

9. Larutkan tepung jagung dengan air putih dalam mangkuk dan masukkan dalam sup yang mendidih dan kacau serta merta agar sup pekat.

10. Ok, siap. Sup sedap juga dimakan dengan roti atau dengan kuew teow.



=====================================================

PLS FOLLOW / LIKE / SUSCRIBE MY SOCIAL MEDIA :
FACEBOOK : http://www.facebook.com/iammohdsham
BLOG : http://iammohdsham.blogspot.my
INSTAGRAM : http://www.instagram.com/iammohdsham
TWITTER : https://twitter.com/iammohdsham
YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UClA5sY9r7ue_q0NWV_sk43A

Pizza Goreng Lazat

Ikan Uji Rasyid Berempah Enak


 Ikan uji rasyid ? Ikan apa ni? Kami panggil nama tu sebab ikan ni mata besar. Hahaha...

Tengah upload video resepi ikan uji rasyid goreng berempah. Sebelum tu nak tulis dulu resepi dia kat sini.

Bahan-bahan :

- ikan uji rasyid ( ikan merah mata besar )
- minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan tumbuk :
- serai ( 2 batang )
- bawang putih ( 5 ulas )
- halia ( 1 inci )
- kunyit ( 1 inci )
- bawang merah ( 5 ulas )
- gula melaka
- garam / serbuk perasa pati ayam Knor


Cencaru Sumbat Bonda


 Resepinya :

2-4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Bahan untuk di kisar atau di tumbuk :

3 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc belacan bakar
1 inc halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai

1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
garam secukup rasa

- Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.

- gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan

- Bahan-bahan yang ditumbuk kemudian disumbat kedalam ikan yang dibelah tadi.

- Boleh goreng terus atau perap beberapa jam.

* Kalau tak nak pedas, jangan taruk cili kering. Perap dalam peti ais satu malam lagi sedap.

Kangkong Goreng Belacan Adabi


 Bahan - bahan :

- kangkong
- sambal belacan adabi
- bawang merah
- garam
- minyak masak
- sedikit air dan gula


Sate Kambing Goreng


Setelah berjaya masak kuah kacang resepi sendiri, kali ni buat sate kambing dgn rempah yang aku buat sendiri gak. Hehehe... Mabeles... Anak² dan bini suka sangat....

Resepinya :

Daging kambing
Minyak masak

Bahan² kisar :-
(sukatan agak² jer)

Serai
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Jintan manis
Jintan putih
Gula melaka
Air asam jawa
Garam
Sedikit air

Resepi Ayam Goreng Belacan Bersos Tauhu


Bahan-bahan :

Daging ayam bhg dada
Sambal belacan Adabi
Sos tiram
Bawang merah
Tauhu
Minyak utk menggoreng
Sedikit air.

Cara-cara :

1. Daging ayam ditebuk dan dimasukkan sambal belacan Adabi.
2. Perap dengan sos tiram dan goreng dgn minyak yg sedikit.
3. Minyak bekas gorengan tadi digunakan utk menumis bawang.
4. Masukkan tauhu yg dilenyek.
5. Masukan sos tiram dan sedikit air.
6. Bila masak, siram sos tadi atas ayam yg digoreng.

Resepi Ayam Percik Goreng Pok Sey



    1/2 ekor Ayam + kaki ayam

Bahan Perap :

    3 ulas bawang putih
    5 ulas bawang merah
    1 inci halia
    garam secukup rasa

Bahan Kuah :

    10 ulas bawang merah
    3 - 6 tangkai cili kering
    2 pek santan pekat
    1 batang serai
    1 inci halia
    garam secukupnya
    gula secukupnya
    1/4 keping asam keping 

Cara-Caranya :

- Bahan-bahan perah ditumbuk sedikit dan digaul dengan ayam
- Masukkan ayang yang diperap tadi kedalam kuali ajaib/kuali ikanku dan masukkan sedikit air.
- Tutup dan rebus sehingga air kering. Dengan cara ini daging ayam cepat lembut.
- Bila air dah kering, siram kuah tadi keatas ayam dan tutup kuali tadi. Biarkan beberapa minit dan tutup api gas.
- Ok, siap sudah...

Nasi Goreng Tauhu


Bahan-bahan :

Nasi putih
Bawang merah/besar dicincang
Tauhu dipotong dadu
Sosej
Sos tiram
Kobis
Minyak masak


Resepi | Sayur goreng Ahmad Iman



Bahan² :



Sawi

Tomato

Sos tiram

Bawang putih

Minyak utk menumis



=======!!!!!=========



PLS FOLLOW / LIKE / SUSCRIBE MY SOCIAL MEDIA :

FACEBOOK : www.facebook.com/iammohdsham

BLOG : http://iammohdsham.blogspot.my

INSTAGRAM : www.instagram.com/iammohdsham

TWITTER : https://twitter.com/iammohdsham

YOUTUBE : www.youtube.com/user/warisan2u

Resepi ayam kukus special



Ayam kuku special :


- ayam separuh + kaki ayam
- bawang putih
- bawang besar
- serbuk pati ayam Knor
- halia
- serai  sebatang
- lobak merah
- ubi kentang sebijik

Cara-cara :

- Tumbuk bawang puting dengan bawang besar.
- Gaulkan dengan serbuk pati ayam Knor.
- Gaulkan dengan ayam dan perap.

- potong ubi kentang dan lobak merah kecil - kecil dan masukkan dalam periuk kukusan beserta halia dan serai. 
- ayam yang telah diperap dimasukkan dalam beka kuusan dan kukuslah hingga masak.

Resepi kambing goreng berempah



Bahan²nya :


Daging kambing dipotong kecil
Sos tiram
Bawang besar potong bulat
Daun bawang
Sedikit minyak masak


#untuk tumbuk

- bawang putih
- serai
- halia
- kunyit
- bawang merah
- bawang besar
- jintan manis
- jintan putih
- lada hitam

Cara²nya :

= Bahan² tumbuk digaul dgn kambing dan sos tiram. Perap utk 2/3 jam.
= panaskan minyak 2/3 sudu.
= masukan daging kambing yg telah diperap tadi.
= kacau hingga hampir masak, masukan bawang besar yg dipotong bulat dan daun bawang.
= kacau hingga masak.



Resepi Wan Tan Ho Pok Sey






Kelmarin saya dah masak wan tan ho seafood. Hari ni udang dah habis. Jadi saya pakai ayam dan crab stick.



Bahan²nya :



Daging ayam dipotong kecil

Satu pack crabstick dipotong kecil

Sayur sawi dipotong kecil

Kobis putih

Bawang besar sebijik

Bawang putih 4 ulas

Serbuk pati ayam knor 1 sudu

Sos tiram 1/2 cawan

Garam secukup rasa

3 sudu tepung jagung

3 sudu minyak masak utk menumis

Air putih

2 biji telur ayam



Cara²nya :



- Tumis bawang besar dan bawang putih.

- Masukkan daging ayam dan crabstick.

- masukan sayur dan gaul.

- masukkan sedikit air, sos tiram, serbuk pati ayam knor dan kacau.

- Tambah air  ( agak² saja dlm 2 ltr )

- Setelah mendidih, masukkan telur dan kacau.

- Kemudian masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dalam air. ( pakai air biasa. Jgn pakai air panas, nanti tepung jadi berketul.

- Kacau sehingga kuah nampak pekat.

- Siap utk dihidang.



# boleh pakai kuew teow atau me kuning. Saya suka kuew teow.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...