Resepi Ringkas Gulai Telur



Khas utk org bujang atau mereka yg sibuk bekerja...


Bahan-bahan :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 biji telur
1 sdb serbuk kunyit
2 keping asam keping
1 kotak kecil santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya...


Cara-cara :

Sila tgk video...

=================================
FOLLOW / LIKE / SUSCRIBE MY SOCIAL MEDIA :
FACEBOOK : http://www.facebook.com/iammohdsham
BLOG : http://iammohdsham.blogspot.my
INSTAGRAM : http://www.instagram.com/iammohdsham
TWITTER : https://twitter.com/iammohdsham
YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UClA5sY9r7ue_q0NWV_sk43A
Tumblr : http://iammohdsham.tumblr.com

Soft cheese cake - using chesdale

Please click video above to watch the making of Soft Cheese Cake.

Kali ni saya kurangkan gula dan gandum. Memang mabeles jadinya. Saya gantikan butter dgn marjerin dan susu segar dgn susu sejat. Kalau pakai telur gred A, 5 biji. Kalau gred B, 6 biji. So soft...

Bahan- bahan :

Campuran 1 ;
1 cawan susu sejat
5 keping chesdale
2 sudu marjerin
5 biji telur kuning gred A
1/2 cawan gandum/tepung naik sendiri
1 sdt perasa jagung/esen vanilla

Campuran 2 ;
5 biji putih telur gred A
1/2 cawan gula


Cara-cara :

Sila tgk video diatas...



Cara buang perut ikan tanpa menggunakan pisau



Saya lihat orang cina siang ikan atau buang perut ikan tanpa menggunakan pisau. Mereka hanya menggunakan cop stick sahaja. Jadi, saya cuba buat. Memang senang. Isi ikan pun kita tak membazir. Selalunya ada orang siang ikan, dia belah dan buang sebahagian isi ikan di bahagian perut bersama dengan insang ikan. Dengan cara yang mudah dan ringkas ini, kita masak ikan pon nampak fresh...

Sambal segera @ sambal frozen



Idea ni tercetus semasa saya nak buat sambal nasi lemak tapi jadi sambal ayam masak merah. Hehehe...


Bahan-bahan :

6 sudu cili giling
3 biji bawang besar - digiling
1 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - digiling
1 inci halia -digiling
6 biji bwang merah - digiling
2 keping asam keping
1 sudu serbuk pati ayam knor
garam & gula secukup rasa


Cara-cara :

Sila tgk video diatas...

Sambal nasi lemak Vs Ayam masak merah


Lain yang dirancanglain yang jadi. Saya anak buat sambal nasi lemak tapi tukar plan lepas balik ambil anak-anak disekolah. Buat ayam masak merah plak la. 

Dalam video ni saya tunjukkan cara-cara untuk buat lada giling dan juga cara-cara nak buat sambal segera yang kita boleh jadikan sambal frozen. Tapi video pasal sambal frozen ni saya buat khas satu lagi di video yang lain.

Gulai kari ikan dan bendi



Hari ni berNoxxa lagi.... saya gulai kari ikan.

Bahan-bahan :

3 ekor ikan kembung/lolong
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
5 biji sayur bendi
1 kotak kecil santan
2 sudu serbuk kari
1 tangkai daun kari ( dlm video saya tak masukkan sbb habis stock)
1 keping gula melaka
2 keping asam keping ( tak masukkan gak sbb habis stock)

Cara - cara :

- tgk video...

Resepi Kek Peanut Butter Strawberry V1.0





Kek hentam saja tapi ok lah. Hehehe...


Bahan2 :

2 sdb mentega
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan susu segar
2 sdb jem peanut butter strawberry
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

Cara2 :

- asingkan telur putih dan kuning
- pukul telur putih dgn gula hingga kembang dan letak tepi.
- campurkan susu, mentega, jem dalam bekas lain dan cairkan atas api kecil.
- sejukkan campuran diatas dan masukkan telur kuning dan kacau hingga sebati.
- masukkan tepung nail sendiri dan putih telur.
- gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
- bakar dlm oven guna teknik waterbath selama 1 jam 10 minit dgn suhu 130°c.

Fresh Oregano With Spicy Chicken



Bahan2 :

Daging dada ayam
Daun oregano segar

Bahan2 rempah :

2 batang serai
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sdt garam
1 keping gula melaka
1 sdt jintan manis & putih
* semua bahan ditumbuk dan diperap dgn ayam.

Bahan2 sos :

1 sdb mentega
1 sdb sos tiram
1 sdb sos lada hitam

Cara2 :

Lihat video....


Puding Roti Ringkas



Bahan2 :


5/6 keping roti
2 cawan susu segar
4 keping chesdale
1 cawan gula
4 biji telur
1/2 sdt perisa pisang
2 sdb mentega

Cara2 :

Ada di video...


Resepi Ketupat Sotong Noxxa



Lama dah tak makan ketupat sotong. Kali ni nak masak dalam periuk Noxxa. 7 Minit jer...


Bahan2 :

1kg sotong
1 pot beras pulut
3 keping gula melaka
2 kotak kecil santan ( santan kara )
2 helai daun panda
1/2 sdt garam
Lidi 

Cara2nya :

- rendam beras pulut dgn santan dan sedikit garam.
- masukkan 1/3 beras putut ke dalam sotong dan tutup dgn kepala sotong kemudian cucuk silang dgn lidi. ( tgk video )
- susun dlm innerpot noxxa dan masukkan lebihan santan yg dibuat rendam beras tadi.
- letakk gula melaka dan daun pandan dan tutup.
- set mode hp 7 minit. Dah masak, masukkan santan sedikit lagi dan stir fry hingga kuah jadi pekat.

Cotton japanese chesse cake moist...



Cotton japanese chesse cake moist...

Bahan2 :

5 keping chesdale
1 cawan susu segar
2 sdb mentega
1 cawan gula
3 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri

Cara2 :

- masukkan susu segar, mentega dan chesdale dlm bekas dan panaskan dgn api yg kecil. Kacau hingga cair dan biarkan sejuk.
- asingkan telur putih dan telur kuning.
- putar putih telur dan gula hingga jadi bertanduk.
- dalam bekas lain, putarkan kuning telur dgn esen vanilla, kemudian masukkan campuran pertama yg disejukkan tadi.
- masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
- kemudian masukkan telur putih yg dah dipukul tadi.
- bila semua dan sebati, masukkan dalam loyang yang dah disapu marjerin atau butter.
- bakar dlm oven menggunakan kaedah waterbath ( tgk video ), selama 1 jam dgn suhu antara 110°c - 130°c.






Resepi Nasi Carrot



Bahan-bahan :


3 pot beras basmati
250g daging ayam ( potong kecil )
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang carrot ( dipotong dadu )
3 helai daun bay
1 sudu pati ayam Knor
Minyak/marjerin utk menumis

Cara2nya :

- tumis rempah bersama bawang besar dan bawang merah serta daun bay.
- masukkan daging ayam dan pati ayam knor.
- kemudian masukkan carrot dan kacau.
- masukkan beras dan kacau hingga sebati kemudian tambah air hingga menutupi beras.

* Jika pakai noxxa, set mode hp 8 minit. 
* Kalau pakai periuk naik biasa, tutup saja penutup dan On.

Khasiat Ulam Raja ( King Salad )

Pengenalan Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2

Khasiat Pokok Ulam Raja

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Ulam Raja yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti memperbaiki peredaran darah, mencuci bahan toksik dalam darah, mencuci darah, menguatkan tulang, merencatkan aktiviti sesetengah bakteria, Ulam Raja (king salad).

Info tentang Khasiat Pokok Ulam Raja ini kami masukkan dalam kategori : Ubat, Ulam

Pengenalan

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

8 Khasiat Karot (Lobak Merah)

Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah :

  1. Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  4. Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  5. Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  6. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  7. Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
  8. Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

9 Khasiat Celery Untuk Kesihatan

Satu ketika dulu, Celery atau batang Saderi merupakan sejenis sayuran yang agak kurang popular dan tidak digemari. Namun kini ramai yang telah mengetahui khasiat Celery dan mula menjadikannya antara sayur pilihan.

Celery boleh di makan mentah ataupun dimasak. Selain itu celery juga boleh dibuat jus yang sedap dan menyihatkan. Adakah anda seorang penggemar celery. Jika tidak, kami di Notawanita yakin selepas anda membaca perkongsian ini, anda pasti akan menjadikan Celery atau batang Saderi sebagai salah satu sayuran pilihan.

Khasiat Celery Untuk Kesihatan

1)Celery adalah antara sayuran yang paling sesuai di makan sekiranya anda sedang berdiet. Satu batang Celery mengandungi hanya 10 kalori. Jadi untuk anda yang sedang berdiet, boleh la beli Celery dan buat salad atau jus. Nak goreng atau buat sup pun boleh.

2) Celery mengurangkan keradangan. Ia berkhasiat untuk anda yang mempunyai sakit sendi, asma, jangkita paru-paru, alergi ataupun masalah jerawat.

3) Celery boleh dijadikan kudapan yang menyihatkan. Ia mengandungi mangnesium dan minyak pati yang memberikan kelegaan kepada sistem saraf. Jadi untuk anda yang kerap berasa tertekan atau stress dan sukar tidur malam, amalan makan celery atau minum jus celery memang sangat membantu.

4) Celery berkhasiat untuk membantu sistem penghadaman. Celery mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi dan sesuai untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit.

5) Celery mengandungi garam organik yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

6) Celery kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata dan mengelak dari kemerosotan penglihatan akibat umur yang semakin meningkat.

7) Menurut kajian amalan memakan hanya dua batang Celery sehari dapat membantu menyingkirkan kolestrol jahat.

8) Berita baik untuk anda yang berdepan masalah tekanan darah tinggi kerana Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah terutamanya jika diambil secara mentah.

9) Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Celery dapat melawan penyakit kanser. Pengambilan Celery secara konsisten dapat menghalang pertumbuhan sel kanser terutamanya kanser payudara dan kanser pankreas.

Sedikit Nota Tambahan Untuk Anda: Jika hendak membeli Celery, pastikan anda pilih batang Celery yang kelihatan masih ranggup dan mudah patah bila dibengkokkan. Daunnya pula masih segar dan warnanya agak gelap. Celery yang dipotong segar dapat mengekalkan kandungan nutrien ketika anda memakannya.

Kek Kiwi | The Experimental v1.0



Kek ekperimen... Kek Kiwi. Takstur berapa menjadi tapi sedap gak.


Bahan2 :
3 biji buah kiwi hijau
1 cawan marjerin
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri

Cara2nya :

* sila tgk video...

============================
Saya masak dalam periuk noxxa. Masa percubaan 20 minit tapi tak masak penuh. Jadi tambaj 15 minit lagi. 

Kesilapan disini ialah buah kiwi banyak air. Jadi tak boleh gaul sepenuhnya dlm adunan. 

Tunggu kek kiwi v2.0...

Resepi Kek Carrot Chesdale v2.0



Bahan2 :


1 cawan marjerin
3 suku cawan gula
4 biji telur gred b
1 sdt esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri
4 keping chesdale
1 btg carrot ( diparut )

Cara2 :

- pukul marjerin dgn telur hingga kembang
- masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang/sebati
- masukkan esen vanilla dan tepung naik sendiri dan putar hingga sebati.
- masukkan carrot yg dah diparut dan kacau dgn sudi hingga sebati.
- potong chesdale kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi dan gaulkan dgn sudu hingga sebati.
- lapik kertas minyak dlm loyang dan masukkan adunan yg siap tadi.
- masukkan  loyang dlm innerport Noxxa dan letakkan penutup dgn laras angin pada Steam.
- tekan mode steam slama 15 - 20 minit. ( saya buat 20 minit )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...