Resepi : Cekodok Cendawan Cheese + Cekodok Bilis Rangup Pedas


Watch the video here https://youtu.be/HOxIu7OpNoA

Resepi ringkas untuk sarapan sesisi keluarga yang ringkas dan senang dimasak. Bahan2 dan cara2 membuatnya saya beritahu dalam video ini. So simple...

Resepi ayam kunyit dgn timun Jepun Noxxa



Kali ni saya masak di Mesilau lagi. Cuaca sejuk menyebabkan proses memasak ladi slow sbb minyak lambat panas. Suhu di Mesilau antara 17'C -20'C. Tapi rasa cam 10'C. Minyak masak pun jadi beku. Jadi, pakai periuk Noxxa, kerja memasak jadi cepat. Jadi, kami pun buat resepi ringkas paling senang dengan bahan2 yang terhad.

Ayam masak merah berempah



1/2 ekor ayam dipotong kecil

1 biji bawang besar
3 biji tomato
3 sudu cili kering yg diblender

Bahan-2 rempah utk perapan :
Tumbuk,
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu gula
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
1sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1 sdb rempah rosemary

Nasi Goreng Berlado





Bahan2nya :


Nasi
2 biji telur
1 biji bawang besar
4 biji lada kering - rebus dan blander halus
Sayur sawi
Sayur kobis
1 sudu serbuk pati ayam Knor
Sedikit garam

Cara2nya :

Sila tonton video...

Puding Lumut Ringkas



Puding Lumut Ringkas

Bahan-bahan :

20gm agar-agar tali
1 kotak santan instan Kara kecil. 
10-20 lembar daun pandan. Dipotong kecil, diblender dgn 200ml air
8 sdm gula pasir
1 butir telur ayam
400 ml air

Langkah

- Kocok 1 butir telur ayam menggunakan garpu.
- Masukkan santan Kara 
- Masukkan 125 gram gula pasir
- Masukkam 200 ml air pandan yg sudah disaring
- Larutkan (panaskan atas dapur) agar-agar tali dengan 400 ml air.
- Sejukkan sedikit agar-agar tadi dan campurkan dengan campuran pertama tadi.
- Didihkan dengan api sedang sambil dikacau-kacau.
- Setelah mendidih diamkan sejenak kerana proses "lumut" sedang terjadi.
- Masukkan kedalam cetakan cup cup kecil atau bekas yang sesuai.
- Dinginkan dan puding siap dinikmati.






Resepi Ayam Kurma


Masak ayam kurma dalam periuk Noxxa. Kaedah diperbaik utk hasil yg lebih baik. Sila klik video diatas. 


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - potong kecil
6 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang besar
2 biji ubi kentang
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Serbuk kurma Adabi
1 kotak santan Kara
Minyak utk menumis
1 sudu serbuk perasa Knor
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Sila tonton video....

* Kali ini saya masak dua kali Hp iaitu yang pertama HP 10 minit dan lepas tu HP 5 minit. Untuk hp kedua tu baru saya tambah sedikit air dan masukkan bawang besar serta kentang. Ini supaya bawang besar dan ketang tak hancur bila kena hp lama sangat.


Pisang penyet mudah



Kita selalu dengar dan makan Ayam Penyet. Kali ni saya buat resepi Pisang Penyet plak... Bagus utk sarapan pagi atau minum petang.

Bahan-bahan :

1/2 kg Gandum 
2 biji telur
Sedikit garam
Pisang
Minyak/butter utk menggoreng.

Bihun cendawan goreng merah



Resepi orang bujang.

Bahan-bahan :

1 pek bihun - direndam supaya lembut
1 pek cendawan - koyak kecil2
3 biji lada kering - digiling
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Sayur campur

Cara-cara : 

Sila tgk video diatas.

Resepi Ringkas Gulai Telur



Khas utk org bujang atau mereka yg sibuk bekerja...


Bahan-bahan :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 biji telur
1 sdb serbuk kunyit
2 keping asam keping
1 kotak kecil santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya...


Cara-cara :

Sila tgk video...

=================================
FOLLOW / LIKE / SUSCRIBE MY SOCIAL MEDIA :
FACEBOOK : http://www.facebook.com/iammohdsham
BLOG : http://iammohdsham.blogspot.my
INSTAGRAM : http://www.instagram.com/iammohdsham
TWITTER : https://twitter.com/iammohdsham
YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UClA5sY9r7ue_q0NWV_sk43A
Tumblr : http://iammohdsham.tumblr.com

Soft cheese cake - using chesdale

Please click video above to watch the making of Soft Cheese Cake.

Kali ni saya kurangkan gula dan gandum. Memang mabeles jadinya. Saya gantikan butter dgn marjerin dan susu segar dgn susu sejat. Kalau pakai telur gred A, 5 biji. Kalau gred B, 6 biji. So soft...

Bahan- bahan :

Campuran 1 ;
1 cawan susu sejat
5 keping chesdale
2 sudu marjerin
5 biji telur kuning gred A
1/2 cawan gandum/tepung naik sendiri
1 sdt perasa jagung/esen vanilla

Campuran 2 ;
5 biji putih telur gred A
1/2 cawan gula


Cara-cara :

Sila tgk video diatas...



Cara buang perut ikan tanpa menggunakan pisau



Saya lihat orang cina siang ikan atau buang perut ikan tanpa menggunakan pisau. Mereka hanya menggunakan cop stick sahaja. Jadi, saya cuba buat. Memang senang. Isi ikan pun kita tak membazir. Selalunya ada orang siang ikan, dia belah dan buang sebahagian isi ikan di bahagian perut bersama dengan insang ikan. Dengan cara yang mudah dan ringkas ini, kita masak ikan pon nampak fresh...

Sambal segera @ sambal frozen



Idea ni tercetus semasa saya nak buat sambal nasi lemak tapi jadi sambal ayam masak merah. Hehehe...


Bahan-bahan :

6 sudu cili giling
3 biji bawang besar - digiling
1 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - digiling
1 inci halia -digiling
6 biji bwang merah - digiling
2 keping asam keping
1 sudu serbuk pati ayam knor
garam & gula secukup rasa


Cara-cara :

Sila tgk video diatas...

Sambal nasi lemak Vs Ayam masak merah


Lain yang dirancanglain yang jadi. Saya anak buat sambal nasi lemak tapi tukar plan lepas balik ambil anak-anak disekolah. Buat ayam masak merah plak la. 

Dalam video ni saya tunjukkan cara-cara untuk buat lada giling dan juga cara-cara nak buat sambal segera yang kita boleh jadikan sambal frozen. Tapi video pasal sambal frozen ni saya buat khas satu lagi di video yang lain.

Gulai kari ikan dan bendi



Hari ni berNoxxa lagi.... saya gulai kari ikan.

Bahan-bahan :

3 ekor ikan kembung/lolong
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
5 biji sayur bendi
1 kotak kecil santan
2 sudu serbuk kari
1 tangkai daun kari ( dlm video saya tak masukkan sbb habis stock)
1 keping gula melaka
2 keping asam keping ( tak masukkan gak sbb habis stock)

Cara - cara :

- tgk video...

Resepi Kek Peanut Butter Strawberry V1.0





Kek hentam saja tapi ok lah. Hehehe...


Bahan2 :

2 sdb mentega
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan susu segar
2 sdb jem peanut butter strawberry
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

Cara2 :

- asingkan telur putih dan kuning
- pukul telur putih dgn gula hingga kembang dan letak tepi.
- campurkan susu, mentega, jem dalam bekas lain dan cairkan atas api kecil.
- sejukkan campuran diatas dan masukkan telur kuning dan kacau hingga sebati.
- masukkan tepung nail sendiri dan putih telur.
- gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
- bakar dlm oven guna teknik waterbath selama 1 jam 10 minit dgn suhu 130°c.

Fresh Oregano With Spicy Chicken



Bahan2 :

Daging dada ayam
Daun oregano segar

Bahan2 rempah :

2 batang serai
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sdt garam
1 keping gula melaka
1 sdt jintan manis & putih
* semua bahan ditumbuk dan diperap dgn ayam.

Bahan2 sos :

1 sdb mentega
1 sdb sos tiram
1 sdb sos lada hitam

Cara2 :

Lihat video....


Puding Roti Ringkas



Bahan2 :


5/6 keping roti
2 cawan susu segar
4 keping chesdale
1 cawan gula
4 biji telur
1/2 sdt perisa pisang
2 sdb mentega

Cara2 :

Ada di video...


Resepi Ketupat Sotong Noxxa



Lama dah tak makan ketupat sotong. Kali ni nak masak dalam periuk Noxxa. 7 Minit jer...


Bahan2 :

1kg sotong
1 pot beras pulut
3 keping gula melaka
2 kotak kecil santan ( santan kara )
2 helai daun panda
1/2 sdt garam
Lidi 

Cara2nya :

- rendam beras pulut dgn santan dan sedikit garam.
- masukkan 1/3 beras putut ke dalam sotong dan tutup dgn kepala sotong kemudian cucuk silang dgn lidi. ( tgk video )
- susun dlm innerpot noxxa dan masukkan lebihan santan yg dibuat rendam beras tadi.
- letakk gula melaka dan daun pandan dan tutup.
- set mode hp 7 minit. Dah masak, masukkan santan sedikit lagi dan stir fry hingga kuah jadi pekat.

Cotton japanese chesse cake moist...



Cotton japanese chesse cake moist...

Bahan2 :

5 keping chesdale
1 cawan susu segar
2 sdb mentega
1 cawan gula
3 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri

Cara2 :

- masukkan susu segar, mentega dan chesdale dlm bekas dan panaskan dgn api yg kecil. Kacau hingga cair dan biarkan sejuk.
- asingkan telur putih dan telur kuning.
- putar putih telur dan gula hingga jadi bertanduk.
- dalam bekas lain, putarkan kuning telur dgn esen vanilla, kemudian masukkan campuran pertama yg disejukkan tadi.
- masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
- kemudian masukkan telur putih yg dah dipukul tadi.
- bila semua dan sebati, masukkan dalam loyang yang dah disapu marjerin atau butter.
- bakar dlm oven menggunakan kaedah waterbath ( tgk video ), selama 1 jam dgn suhu antara 110°c - 130°c.






Resepi Nasi Carrot



Bahan-bahan :


3 pot beras basmati
250g daging ayam ( potong kecil )
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang carrot ( dipotong dadu )
3 helai daun bay
1 sudu pati ayam Knor
Minyak/marjerin utk menumis

Cara2nya :

- tumis rempah bersama bawang besar dan bawang merah serta daun bay.
- masukkan daging ayam dan pati ayam knor.
- kemudian masukkan carrot dan kacau.
- masukkan beras dan kacau hingga sebati kemudian tambah air hingga menutupi beras.

* Jika pakai noxxa, set mode hp 8 minit. 
* Kalau pakai periuk naik biasa, tutup saja penutup dan On.

Khasiat Ulam Raja ( King Salad )

Pengenalan Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2

Khasiat Pokok Ulam Raja

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Ulam Raja yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti memperbaiki peredaran darah, mencuci bahan toksik dalam darah, mencuci darah, menguatkan tulang, merencatkan aktiviti sesetengah bakteria, Ulam Raja (king salad).

Info tentang Khasiat Pokok Ulam Raja ini kami masukkan dalam kategori : Ubat, Ulam

Pengenalan

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

8 Khasiat Karot (Lobak Merah)

Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah :

  1. Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  4. Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  5. Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  6. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  7. Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
  8. Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

9 Khasiat Celery Untuk Kesihatan

Satu ketika dulu, Celery atau batang Saderi merupakan sejenis sayuran yang agak kurang popular dan tidak digemari. Namun kini ramai yang telah mengetahui khasiat Celery dan mula menjadikannya antara sayur pilihan.

Celery boleh di makan mentah ataupun dimasak. Selain itu celery juga boleh dibuat jus yang sedap dan menyihatkan. Adakah anda seorang penggemar celery. Jika tidak, kami di Notawanita yakin selepas anda membaca perkongsian ini, anda pasti akan menjadikan Celery atau batang Saderi sebagai salah satu sayuran pilihan.

Khasiat Celery Untuk Kesihatan

1)Celery adalah antara sayuran yang paling sesuai di makan sekiranya anda sedang berdiet. Satu batang Celery mengandungi hanya 10 kalori. Jadi untuk anda yang sedang berdiet, boleh la beli Celery dan buat salad atau jus. Nak goreng atau buat sup pun boleh.

2) Celery mengurangkan keradangan. Ia berkhasiat untuk anda yang mempunyai sakit sendi, asma, jangkita paru-paru, alergi ataupun masalah jerawat.

3) Celery boleh dijadikan kudapan yang menyihatkan. Ia mengandungi mangnesium dan minyak pati yang memberikan kelegaan kepada sistem saraf. Jadi untuk anda yang kerap berasa tertekan atau stress dan sukar tidur malam, amalan makan celery atau minum jus celery memang sangat membantu.

4) Celery berkhasiat untuk membantu sistem penghadaman. Celery mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi dan sesuai untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit.

5) Celery mengandungi garam organik yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

6) Celery kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata dan mengelak dari kemerosotan penglihatan akibat umur yang semakin meningkat.

7) Menurut kajian amalan memakan hanya dua batang Celery sehari dapat membantu menyingkirkan kolestrol jahat.

8) Berita baik untuk anda yang berdepan masalah tekanan darah tinggi kerana Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah terutamanya jika diambil secara mentah.

9) Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Celery dapat melawan penyakit kanser. Pengambilan Celery secara konsisten dapat menghalang pertumbuhan sel kanser terutamanya kanser payudara dan kanser pankreas.

Sedikit Nota Tambahan Untuk Anda: Jika hendak membeli Celery, pastikan anda pilih batang Celery yang kelihatan masih ranggup dan mudah patah bila dibengkokkan. Daunnya pula masih segar dan warnanya agak gelap. Celery yang dipotong segar dapat mengekalkan kandungan nutrien ketika anda memakannya.

Kek Kiwi | The Experimental v1.0



Kek ekperimen... Kek Kiwi. Takstur berapa menjadi tapi sedap gak.


Bahan2 :
3 biji buah kiwi hijau
1 cawan marjerin
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri

Cara2nya :

* sila tgk video...

============================
Saya masak dalam periuk noxxa. Masa percubaan 20 minit tapi tak masak penuh. Jadi tambaj 15 minit lagi. 

Kesilapan disini ialah buah kiwi banyak air. Jadi tak boleh gaul sepenuhnya dlm adunan. 

Tunggu kek kiwi v2.0...

Resepi Kek Carrot Chesdale v2.0



Bahan2 :


1 cawan marjerin
3 suku cawan gula
4 biji telur gred b
1 sdt esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri
4 keping chesdale
1 btg carrot ( diparut )

Cara2 :

- pukul marjerin dgn telur hingga kembang
- masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang/sebati
- masukkan esen vanilla dan tepung naik sendiri dan putar hingga sebati.
- masukkan carrot yg dah diparut dan kacau dgn sudi hingga sebati.
- potong chesdale kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi dan gaulkan dgn sudu hingga sebati.
- lapik kertas minyak dlm loyang dan masukkan adunan yg siap tadi.
- masukkan  loyang dlm innerport Noxxa dan letakkan penutup dgn laras angin pada Steam.
- tekan mode steam slama 15 - 20 minit. ( saya buat 20 minit )

13 Manfaat Daun Oregano Bagi Kesehatan dan Kecantikan

Daun oregano merupakan tanaman obat yang umumnya digunakan sebagai bumbu masakan di Italia, Spanyol, Mediterania, dan negara Eropa lainnya. Daun oregano sering digunakan sebagai tanaman hias, yang sebenarnya memiliki segudang manfaat kesehatan. Apa saja manfaat daun oregano untuk tubuh kita? 

Banyak orang mengetahui bahwa daun oregano sering ditambahkan pada pizza atau spaghetti. Tanaman herbal ini juga sering dimasak bersama sup, atau masakan lain. Anda mungkin juga sering menemukan daun ini pada daging panggang dan lainnya. Bahkan, tidak jarang daun oregano diseduh bersama air panas sebagai minuman teh. 

Fakta Nutrisi dalam Daun Oregano 

Sejumlah nutrisi penting yang terdapat di dalam daun oregano (Pot Marjoram) seperti kalsium, mangan, zat besi, vitamin A, vitamin K, dan serat. Di dalam daun ini juga terkandung senyawa penting seperti carvacrol, asam rosmarinic, dan thymol.

13 Manfaat Daun Oregano Bagi Kesehatan dan Kecantikan 

Bukan hanya sebagai penyedap masakan yang memiliki rasa tajam dan unik, ternyata daun oregano memiliki khasiat untuk mengobati sejumlah penyakit. Berikut ini adalah manfaat daun oregano yang luar biasa bagi tubuh kita: 

1. Melawan radikal bebas 
Daun oregano kaya akan thymol dan asam rosmarinic, di mana keduanya memiliki sifat antioksidan kuat yang mampu mengurangi stres oksidatif di dalam tubuh. Stres oksidatif adalah kondisi di mana radikal bebas berlebih di dalam tubuh, sehingga tubuh tidak dapat menetralkannya. Stress oksidatif dapat mengakibatkan kerusakan sel-sel dan DNA akibat produksi peroksida yang berlebihan. 

2. Menguatkan imunitas 
Daun oregano dilengkapi dengan vitamin A dan mangan, dimana keduanya mampu meningkatkan kekebalan tubuh. Dengan konsumsi daun ini, dapat memulihkan energi tubuh dan mencegah kelelahan kronis. 

3. Meredakan nyeri menstruasi 
Zat tertentu di dalam daun oregano diyakini sebagai obat alami bagi wanita yang mengalami nyeri ketika haid. Manfaat ini akan diperoleh jika anda mengkonsumsi daunnya sebelum rasa sakit menyerang. 

4. Melancarkan pencernaan 
Meskipun ukurannya sangat kecil, daun oregano kaya akan serat pangan yang berguna untuk melancarkan sistem cerna. Di samping itu, senyawa penting seperti carvacrol dan thymol yang ada di dalam daun ini baik untuk pencernaan serta mencegah sembelit. 

5. Meredakan demam 
Minyak oregano memiliki sifat penyembuh alami. Kini anda dapat membeli minyak oregano yang telah beredar di banyak tempat. Campur dengan air secukupnya, ketika mengkonsumsi minyak alami ini. 

6. Membersihkan racun dalam hati 
Daun oregano juga diperkaya dengan senyawa esensial seperti kalsium, mangan, vitamin K, zat besi, serat, dan sejumlah senyawa organik lainnya. Semua nutrisi ini berperan sebagai detoksifikasi tubuh, dan berguna untuk mengeluarkan racun dari hati. 

7. Baik untuk kesehatan jantung 
Oregano memiliki asam lemak omega-3 yang diketahui berperan dalam menjaga kesehatan jantung. Omega 3 berguna untuk mengontrol kadar kolesterol dalam tubuh, dan mencegah inflamasi pada sistem kardiovaskular. Sehingga anda terhindar dari risiko penyakit jantung, aterosklerosis, dan stroke. Manfaat ini dikuatkan dengan adanya antioksidan di dalam daun ini. 

8. Menyehatkan usus 
Senyawa carvacrol dan timol yang terdapat di dalam daun oregano, memiliki sifat anti bakteri yang efektif dalam melawan bakteri patogen yang menyerang usus, kulit dan lainnya. 

9. Mengobati sariawan dan luka 
Daun oregano mengandung thymol yang memiliki sifat anti bakteri dan anti jamur, sehingga mampu untuk mengobati infeksi kulit. Oleskan daun oregano yang telah ditumbuk, pada kulit yang bermasalah. Obat luar ini dapat mengatasi sariawan, luka, bisul, dan sebagainya. 

10. Mengatasi sulit tidur 
Teh yang terbuat dari daun oregano juga berguna untuk mengatasi gangguan tidur, seperti insomnia. Teh herbal ini dapat menenangkan saraf dan membuat suasana hati menjadi lebih rileks sehingga terhindar dari stres. 

11. Mencegah kanser 
Disebabkan oleh adanya antioksidan kuat di dalamnya, oregano merupakan makanan yang mampu mencegah berbagai jenis kanker.

Manfaat Daun Oregano Untuk Kecantikan Kulit 

12. Mencegah penuaan dini 
Teh oregano kaya antioksidan yang berguna untuk mencegah kerusakan sel dan munculnya tanda penuaan dini. 

13. Menghilangkan jerawat 
Untuk mengobati jerawat, cukup aplikasikan daun oregano yang telah dilumatkan pada kulit yang timbul jerawat. 

Nah, itulah 13 manfaat daun oregano bagi kesehatan dan kecantikan. Jadi, selain lezat sebagai bumbu masakan, ternyata banyak manfaat kesehatan diperoleh dari tanaman ini. 

Sumber asli: http://www.kinisehat.com/2015/12/manfaat-daun-oregano-kesehatan.html Kini sehat adalah website yang mengulas Tips Kesehatan, Tips Kecantikan, Cara mengatasi berbagai jenis penyakit.

Resepi Kek Durian Cheese Noxxa



Kek Durian Cheese Noxxa

Bahan2 :
3 sudu besar isi durian
3 biji telur
3/4 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sdt esen vanilla
1 cawan mentega
7 keping cheese dale

Cara2nya :

- pukul mentega dan gula hingga kembang.
- masukkan telur dan putar lagi.
- masukan esen vanila dan tepung naik sendiri.
- bila dah sekata, masukkan durian dan kacau dengan sudu hingga sekata.
- masukkan separuh adunan ke dalam innerpot Noxxa.
- letakkan lapisan cheese dale dan masukkan adunan selebihnya dia atas.
- set periuk noxxa mode steam 15 minit (kalau blom masak, tambah lagi 3-5 minit)

* letakkan kertas greese di bhg bawah supaya kek tidak hangit.


Resepi Kek Milo Moist Noxxa - 15 minit



Sekarang saya akan berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk membuat kek milo moist yang sedap dan terbaik. Berikut adalah bahan-bahan yang harus anda sediakan untuk membuat kek milo moist ini. Sila ambil maklum bahawa kuantiti dan sukatan ini menggunakan sukatan cawan.


BAHAN-BAHAN KEK MILO NOXXA :

Bahan Pertama:
Satu (1) cawan serbuk Milo
Satu (1) cawan gula pasir ( boleh kurangkan kalau nak kurang manis )
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan butter
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:
Satu (1) cawan tepung naik sendiri
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

Bahan Topping :
3 sudu besar milo
2 sudu besar susu pekat
2 sudu butter 

CARA-CARA MENYEDIAKAN :

- Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu milo, gula, susu cair, susu pekat manis, butter ke dalam periuk.
- Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
- Kemudian sejukkan.
- Pukul telur hingga kembang sementara menunggu campuran bahan pertamam sejuk.
- Bila telur sudah kembang, masukkan campuran bahan pertama, tepung naik sendiri dan esen vanilla. 
- Kacau hingga rata.
- Masukkan adunan tadi kedalan innerpot noxxa yang telah dilapik dengan kertas gris.
- Letakkan penutup dan pusing penutup angin kepada Steam.
- Set mode steam selama 15 minit.

Topping :
- Double boiler semua bahan2 topping hingga larut dan biarkan sejuk.

Finishing :
- Boleh tgk video...


Kek Coklat Noxxa - 15 minit



Bakar kek coklat mois hanya 15 minit jer. So mabeles...


Campuran 1 :-
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu cair
0.5 cawan susu pekat
1 cawan minyak ( minyak jagung lg ok)

Campuran 2 :-
3 biji telur dipukul sampai kembang.
1 cawan tepung sendiri naik.

Utk topping ( coklat ganache ):
2 sudu butter
3 sudu susu pekat manis
2 sudu serbuk koko

Cara2nya :

- Bahan2 campuran 1 dicairkan atas dapur. Jgn sampai mendidih.
- Sejuk campuran 1 dan kemudian masukkan campuran 2 dan kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan tadi ke dalam periuk Noxxa. Letakkan penutup dan setkan lubang wap kpd steam.
- Setkan mode steam 15 minit. ON...
- Double boil hingga cair bahan-bahan untuk topping dan boleh disiram atau disapu ke atas kek coklat bila sudah masak.

* Tgk video untuk detail.

Resepi Nasi Payau



Resepi Nasi Payau


Bahan-bahan :
200 gm daging rusa/payau - dipotong kecil-kecil.
3 pot beras basmati
1 sudu halba
4 biji bawang merah dipotong halus
3 biji bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tomato
2@3 helai daun bay
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu serbuk pati ayam knor
minyak untuk menumis


Cara-cara :
- Panaskan minyak dalam periuk noxxa dengan mode stir fry.
- Tumis rempah,bawang merah, dan putih serta daun bay sehingga naik bau.
- kemudian masukkan daging dan kacau.
- masukan tomato dan serbuk pati ayam knor.
- bila daging dah agak masak, masukkan beras yang sudah dibasuh dan digaulkan dengan halba.
- masukkan air hingga menutupi beras.
- offkan periuk noxxa dan letakkan penutup, setkan lubang angin kpd presure.
- kemudian setkan mode HP 8 minit.


Resepi Kek Carrot Coklat Cinta Noxxa



Resepi Kek Carrot Coklat Noxxa


Bahan-bahannya :

1 cawan butter
1 cawan gula
2 cawan gandum
1 sdt baking powder
1 sdt bikarbonat
2 batang carrot
3 biji telur
1/2 tudung esen vanilla
2 keping coklat masakan

Cara-caranya :

- Parut carrot dan perah buang sedikit airnya. Kita tak nak kek jadi basah.
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan gandum dan baking powder.
- Masukkan carrot yg telah diparut. 
- Bila semua dah sebati, masukkan adunan dalam periuk Noxxa.
- Tutup periuk dan putar penutup lubang wap kpd steam.
- Set mode steam 20 minit ( minima 15 minit ).

- Cairkan coklat masakkan dalam mangkuk yang diletakkan di dalam periuk yang berisi air mendidih.
- Siram coklat cair tadi atas kek dan hiasa ikut suka anda.




Resepi sup markaroni/fenne noxxa PokSey





Sup Markaroni Noxxa


Bahan-bahan :
500 gm makaroni/penne
5 biji bawang merah besar dicincang
3 biji bawang putih dicincang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 biji kentang dipotong dadu
2 batang carrot dipotong dadu
1 biji timun jepun dipotong dadu
2 batang cry bean stick ( fucuk )
2/3 helai daun bay
200gm tomato cherry ( tomato biasa pon boleh )
100 gm isi udang@isi ayam 
minyak untuk menumis

Cara-cara :
- Panaskan minyak dalam periuk noxxa dengan mode stir fry.
- Tumis bawang merah, halia dan putih sehingga naik bau.
- kemudian masukkan udang dan kacau hingga udang jadi keorengan.
- masukan sos cili, tomato, sos tiram
- pastu masukkan sayur yg dipotong dadu dan serbuk pati ayam knor serta daun bay.
- masukkan fucuk dan markaroni dan gail hingga sebati.
- tambah air hingga 3/4 periuk dan last sekali masukkan tomato cherry.
- offkan periuk noxxa dan letakkan penutup
- kemudian setkan mode HP 7 minit.
* Kalau nak lagi lembut boleh setkan hingga 15 minit.

Nasi dagang kukus Noxxa bersama kari daging PokSey



Bahan-bahan untuk nasi :



3 pot beras wangi ( rendam semalaman )
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu halba
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kari daging :

1 kg daging lembu ( dipotong kecil )
1 biji bawang besar ( belah 4 )
2 biji kentang ( potong dadu )
1 kotak kecil santan
2 sudu serbuk pati ayam knor
2 keping gula melaka

Bahan tumis :
1 keping kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun bay @ 1 tangkai daun kari
4 ulas bawang meras
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu serbuk kari


Cara-caranya :


Kukus nasi :-
- rendam beras semalaman.
- buang kan air dan gaulkan dengan 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih,1 inci halia yang telah dihiris halus dan 1 sudu halba.
- Masukkan bekas pengukus dalam periuk Noxxa. Kalah tak ada pengukus khas Noxxa, anda boleh ambil bekas penapis dan lapik dengan mangkuk dlm periuk. Masukan 1/4 air putih.
- Kukus selama 15 minit dengan mode steam.
- Lepas tu angkat dan gaulkan dengan santan yang dicampur sedikit garam. Kemudian kukus lagi selama 15 minit.
- Siap kukus kali ke dua, angkat dan gaulkan lagi dengan santan dan kukus untuk kali ke-3 selamat 15 minit. Lepas tu siap...


* jangan ikut masa yang saya bgtau dalam video sebab itu saya try n error sbb baru pertama kali cuba.



Kari daging :-

- tumis bahan tumis sehingga kluar bau harum.
- kemudian masukkan serbuk kari yang telah di cairkan dengan sedikit air.
- Bila kari dah rasa cam sedikti masak, masukkan daging, kentang dan bawang besar. Gaul hingga sebati.
- Kemudian masukkan santan, gula melaka, pati ayam knor dan sedikit air. Gaul hingga sebati dan letakkan penutup periuk.
- Setkan mode HP 30 minit.







Resepi Tomyam Mesilau Noxxa



Bahan-bahan :


1 biji kobis
2 biji lada banggala
2 biji limau nipis ( diambil airnya )
1 Brokoli ( potong kecil )
1 biji kobis bunga ( potong kecil )
1 pek cendawan
1 biji bawang besar ( hiris nipis )
4 biji bawang merah ( cincang )
3 biiji bawang putih ( cincang )
4 biji tomato ( dipotong 4 )
300 gm daging ayam ( dipotong kecil )
2 sudu pati ayam knor
1 @ 2 ketul pes tomyam
2 batang serai
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya :

- Set periuk noxxa mode stir fry dan ONkan.
- Tumis bawang merah & bawang putih
- Masukkan ayam
- Masukkan pati ayam knor dan kacau.
- Masukkan air lebih kurang 1/2 periuk.
- OFFkan noxxa, letakkan penutup dan setkan mode HP 10 - 15 minit.
- Dah masak, bukak periuk dan masukkan sayur yang dipotong kecil tadi. 
- Masukkan pes tomyam, air limau nipis dan serai.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Letak dan lock penutup periuk noxxa. Setkan HP 2 minit.
- Siap...

Resepi Ringkas Kek Carrot Cheese


Resepi Kek Carrot Cheese

Bahan-bahannya :

1 cawan butter
1 cawan gula
2 cawan gandum
1 sdt baking powder
2 batang carrot
4 biji telur
3 Keping cheese dale
1/2 tudung esen vanilla

Cara-caranya :

- Parut carrot dan perah buang sedikit airnya. Kita tak nak kek jadi basah.
- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan gandum dan baking powder.
- Setelah semua sebati, bahagi kepada 2 bahagian.
- masukkan bahagian pertama ke dalam loyang yang telah disapu minyak/marjerin.
- letakkan kepingan cheese dale.
- masukkan carrot yg telah diparut kedalam adunan bahagian kedua.
- kemudian dimasukkan ke atas adunan yang pertama tadi.
- Bakar dlm oven dengan suhu 110'C selama 45-50 minit.





Resepi Kek Walnuts



 


Bahan-bahannya :

1 cawan butter
1 cawan gula
2 cawang gandum
1 sdt baking powder
1 pek kacang walnuts
4 biji telur
1/2 tudung esen vanilla

Cara-caranya :

- Pukul butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan kacang walnuts yang dihancurkan sedikit dan putar.
- Masukkan gandum dan bakin powder.
- Setelah semua sebati, masukkan kedalam loyan yang telah disapu minyak/marjerin.
- Bakar dlm oven dengan suhu 110'C selama 45-50 minit.

Resepi Ringkas Sup Ayam Campak Noxxa



Bahan-bahannya :


1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji kentang (potong ikut suka)
2 biji carrot
2 batang saleri dipotong kecil
2 biji bawang besar
1 biji tomato
2 sudu pati ayam Knor

Cara-caranya :

- Masukkan ayam kedalam periuk noxxa diikutii dengan bahan2 yang lain.
- kemudian masukan air sehingga menutupi seluruh ayam dan bahan2 yg dimasukkan tadi.
- letakkan penutup periuk dan setkan mode hp 15-30 minit. Saya set 30 minit sbb nak biar daging ayam tu betul2 masak.
- lepas dah masak boleh tambah sedikit garam atau gula dan setkan mode warm selama 5 minit. (Optional)


Resepi Ayam Goreng Paprika + Nasi Kuah Percik



Resepi Ayam Goreng Paprika + Nasi Kuah Percik


Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam ( potong ikut suka )
serbuk lada hitam 
serbuk paprika
3 pot beras wangi/basmati
1 ulas bawang merah besar (hiris nipis)
1 ulas bawang besar (hiris nipis)

Bahan Perap : ( blend kasi hancur )
1 batang serai
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu serbuk pati ayam Knor

Bahan kuah/sos : 
1 batang serai
1 sudu tepung jagung
1 kotak kecil santan
1 keping asam gelugor
gula secukupnya
garam secukupnya
minyak utk menumis
Bahan kisar :
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji lada kering ( nak pedas taruk banyak )

Cara-cara :

Masak/goreng ayam :-
- Ayam digaul dengan bahan perap dan diperap lebih kurang 1 jam.
- Masukkan ayam dalam periuk Noxxa dan setkan mode HP 20 minit. ( 10 minit dah ok )
- Setelah ayam masak, asingkan ayam dengan kuah/minyak yang terhasil.
- Taburkan serbuk lada hitam dan paprika keatas ayam dan goreng.

Masak nasi :-
- setkan periuk noxxa kepada stri fry.
- Kuah/minyak yang terhasil daipada masak ayam tadi kita masukkan dalm periuk nokxxa.
- Masukkan bawaang merah dan bawang besar yg dihiris nipis.
- Kemudian masukkan beras dan sedikit air.
- Offkan noxxa dan letakkan penutup periuk.
- Setkan mode Hp 7 minit.

Kuah/sos :
- Panaskan sedikit minyak
- masukkan bahan kisar dan masak hingga kluar bau harum.
- Masukkan santan dan air ( ikut sukatan kotak santan ).
- Masukkan serai yang diketuk dan asam gelugor.
- Masukkan gula dan garam dan kacau.
- Kemudian larutkan tepung jagung dalam sedikit air dan masukkan sedikit-sedikit sambil kacau.
- Bila kuah nampak sedikit pekat, biarkan ia mendedih sekejap dan matikan api.





Resepi Ayam Percik PokSey Noxxa



Bahan bahan:


1 ekor ayam - potong 4 

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu serbuk perasa ayam Knor

Bahan Kuah:
1 pek santan pekat
1 batang serai
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
1 @ 2 sudu tepung jagung

Bahan Kisar/Tumbuk :
10 ulas bawang merah
1 inci halia
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
4 ulas bawang putih

Cara caranya:
- Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. 
- Masukkan ayam dalam periuk Noxxa dam setkan mode HP kepada 15 @ 20 minit.
- Sementara menunggu ayam masak, sediakan kuahnya dulu.

- Kisar semua bahan kisar dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
- Masukkan asam keping dan serai yang diketuk sedikit.
- Masukkan santan dan sedikit air ( ikut sukatan kotak santan )
- Masukkan garam dan gula. 
- Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dalam sedikit air.
- Kacau hingga kuah pekat.
- Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

- Ayam yang dah masak boleh kluarkan dahulu daripada periuk noxxa untuk kluarkan air dan minyak ayam yang berlebihan.
- Setkan periuk noxxa mode Stri Fry dan masukkan ayam. 
- Siramkan sedikit kuah percik tadi keatas ayam.




Resepi Kek Kerak Bumi





Resepi Kek Kerak Bumi PokSey


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
3/4 @ 1 cawan gula
2 cawan gandum
1/2 sdt baking powder
1 sd ovelette
4 biji telur
1/2 tudung esen vanilla
2 sb milo / serbuk coklat
1 pek kismis
1 pek kacang wallnut

Cara-caranya :

- pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
- masukkan 4 biji telur dan putar lagi.
- masukan esen vanilla, ovelette dan baking powder.
- kemudian masukkan gandum dan putar lagi.
- masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas loyang yang disapu minyak/marjerin.
- taburkan kismis diatasnya.
- 1/2 lagi adunan itu di tambah serbuk milo dan putar hingga sebati.
- kemudian tambah sedikit pewarna merah dan putar lagi hingga warna sekata.
- tuangkan adunan kedua tadi ke atas adunan pertama dan taburkan kacang wallnut.
- boleh hancurkan sedikit kacang wallnut sebelum tabur atas adunan tadi.
- Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 110'c selama 45 - 50 minit.




Resepi Kari Kambing dgn Terung Noxxa



Bahan-Bahannya :


1/2kg Daging kambing 
3 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk pati ayam Knor
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
3 keping gula melaka'
2 biji terung
1 tangkai daun kari
1 kotak santan

Cara-caranya : 

- Panaskan periuk Noxxa dengan setkan mode Stir Fry. MAsukkan 3 sudu minyak masak.
- tumis bawang, kayu manis, bawang, buah pelaga, bunga lawang da daun kari.
- bila kluar bau harum rempah, masukkan serbuk kari yg telah dicairkan dengan sedikit air.
- kemudian masukkan daging kambing danm kacau hingga rata.
- masukkan serbuk perasa pati ayam Knor dan kacau.
- masukkan semangkuk santan dan kacau lagi hingga rata.
- Masukkan terung yang sudah dipotong-potong.
- Offkan periuk Noxxa dan letakkan penutupnya.
- Setkan mode HP 30 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...