Resepi Kek Milo Moist Noxxa - 15 minit



Sekarang saya akan berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk membuat kek milo moist yang sedap dan terbaik. Berikut adalah bahan-bahan yang harus anda sediakan untuk membuat kek milo moist ini. Sila ambil maklum bahawa kuantiti dan sukatan ini menggunakan sukatan cawan.


BAHAN-BAHAN KEK MILO NOXXA :

Bahan Pertama:
Satu (1) cawan serbuk Milo
Satu (1) cawan gula pasir ( boleh kurangkan kalau nak kurang manis )
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan butter
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:
Satu (1) cawan tepung naik sendiri
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

Bahan Topping :
3 sudu besar milo
2 sudu besar susu pekat
2 sudu butter 

CARA-CARA MENYEDIAKAN :

- Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu milo, gula, susu cair, susu pekat manis, butter ke dalam periuk.
- Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
- Kemudian sejukkan.
- Pukul telur hingga kembang sementara menunggu campuran bahan pertamam sejuk.
- Bila telur sudah kembang, masukkan campuran bahan pertama, tepung naik sendiri dan esen vanilla. 
- Kacau hingga rata.
- Masukkan adunan tadi kedalan innerpot noxxa yang telah dilapik dengan kertas gris.
- Letakkan penutup dan pusing penutup angin kepada Steam.
- Set mode steam selama 15 minit.

Topping :
- Double boiler semua bahan2 topping hingga larut dan biarkan sejuk.

Finishing :
- Boleh tgk video...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...